fbpx
Wan Mohd. Faizul mempromosi gerai nasi bajet Duyong Marina & Duyong berhampiran Jambatan Sultan Mahmud di sini hari ini.

Duyong Marina & Resort buka gerai nasi bajet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Cabaran hebat terhadap industri perhotelan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 memaksa Duyong Marina & Resort membuka gerai nasi bajet demi kelangsungan.

Gerai nasi bajet beraneka lauk dengan harga serendah RM3 sebungkus yang dibuka di tepi jalan berhampiran Jambatan Sultan Mahmud di sini sejak kelmarin semakin mendapat perhatian ramai.

Pengurus Besar Duyong Marina & Resort, Wan Mohd. Faizul Wan Abas berkata, inisiatif membuka gerai nasi bajet tersebut bukan semata-mata sekadar untuk menambah sumber pendapatan malah lebih bertujuan menaikkan semula moral kakitangan hotel tersebut.

Beliau berkata, cetusan idea membuka gerai nasi bajet berkenaan hasil perbincangan antara kakitangan dan pihak pengurusan Duyong Marina & Resort pada hujung tahun lalu.

“Impak negatif penularan pandemik Covid-19 mula dirasai berikutan penurunan tempahan bilik hotel sejak tahun lalu.

“Kami bersetuju memilih idea seorang chef untuk menjual nasi bajet bercita rasa makanan bertaraf empat bintang pada harga mampu milik sebagai penyelesaian untuk menambah pendapatan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Wan Mohd. Faizul berkata, moral kakitangan Duyong Marina & Resort dilihat semakin pulih sejak pembukaan gerai nasi bajet berkenaan yang mendapat sambutan menggalakkan itu. – K! ONLINE

POPULAR