fbpx

3,847 kes baharu, 12 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,847 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 238,721 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, empat kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 3,843 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 50,894 kes.

“Sebanyak 12 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan 857 kes.

“Terdapat 1,692 kes sembuh hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 186,970 kes,” katanya pada ciapan Twitter rasmi beliau di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 305 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 139 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI