fbpx

Tender nombor pendaftaran KFC dibuka 13 Februari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tender bagi siri KFC akan dibuka secara dalam talian selama lima hari bermula 13 Februari ini.

ALOR SETAR – Tender bidaan bagi siri nombor pendaftaran kenderaan KFC yang dijangka menarik perhatian ramai bakal dibuka pada 13 Februari ini.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah dalam satu kenyataan di sini hari ini memaklumkan, tender tersebut akan dibuka selama lima hari iaitu sehingga pukul 11.59 malam, 17 Februari ini.

“Keputusan pemenang tender akan diumumkan dalam tempoh 24 jam selepas itu iaitu pada 18 Februari.

“Kami menyasarkan untuk memperolehi kutipan berjumlah lebih RM1 juta daripada bidaan untuk siri pendaftaran kenderaan KFC ini,” katanya.

Sebelum ini JPJ Kedah berjaya memperolehi lebih RM1.2 juta bagi bidaan siri nombor pendaftaran KFA yang sinonim dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Jualan tertinggi di Kedah setakat ini adalah bagi siri pendaftaran KEN yang mencecah RM4.8 juta.

Kenyataan itu memaklumkan, bidaan bagi siri pendaftaran KFC boleh dibuat menerusi laman web Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid).

“Selain itu, orang ramai turut boleh membuat bidaan dengan memuat turun aplikasi JPJeBid di telefon pintar masing-masing,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI