fbpx
Gambar hiasan

PKPD di Sekolah Menengah Sultan Idris Shah II bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Sidang khas hari ini bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sekolah Menengah Sultan Idris Shah II, Gerik, Perak bermula 6 Februari sehingga 19 Februari 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD itu dibuat bagi memudahkan Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar di sekolah tersebut dan mengawal jangkitan dalam komuniti.

“Sehingga 2 Februari 2021, KKM telah melaksanakan 81 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 24 kes positif Covid-19 telah direkodkan serta baki dua sampel masih menunggu keputusan,”

“Pelaksanaan PKPD itu dilakukan setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

POPULAR