fbpx

Lelaki tidak serik menyamun diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Meskipun terpalit dengan lima rekod jenayah lampau berkaitan samun,  seorang lelaki masih tidak serik untuk mengulangi kegiatan yang sama.

Yang terbaharu, seorang peniaga berusia 39 tahun telah menjadi sasaran suspek ketika dia berada di kawasan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Seri Setia, Sungai Way pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.25 pagi, mangsa dikatakan disamun suspek dengan melarikan beg yang mengandungi wang tunai dan barangan peribadi.

“Apabila menerima laporan kejadian daripada mangsa, polis telah membuat risikan selama beberapa hari bagi mengesan suspek yang berusia 27 tahun itu.

“Selepas berjaya mengesannya, kira-kira pukul 8.45 malam semalam, satu serbuan ke atas sebuah rumah di Taman Desa Ria, Taman Medan telah dibuat dan polis berjaya memberkas suspek yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, beberapa barangan termasuk motosikal jenis Yamaha 150Z yang digunakan untuk melakukan aktiviti samun turut dirampas.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku melakukan dua lagi samun di sekitar daerah ini dan semakan juga mendapati dia memiliki lima rekod jenayah lampau berkaitan samun,” ujarnya.

Katanya, suspek direman selama dua hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI