fbpx

Pengarang jurnal perubatan salahkan ahli politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABBASI

PARIS – Ahli politik di seluruh dunia perlu dipertanggungjawabkan kerana ‘pembunuhan sosial’ terhadap populasi disebabkan kecuaian mereka menangani pandemik Covid-19, kata Pengarang Eksekutif jurnal perubatan BMJ, Kamran Abbasi hari ini.

Beliau berkata, pemimpin dunia telah menyebabkan penderitaan dan kematian yang tidak sepatutnya berlaku disebabkan kesilapan dasar dilaksanakan oleh mereka.

Setakat ini, lebih dua juta kematian akibat Covid-19 direkodkan dengan kebanyakannya berlaku di negara maju di Eropah dan Amerika.

“Ahli-ahli politik perlu dipertanggungjawabkan menerusi undang-undang dan pilihan raya.

“Kegagalan kerajaan yang membawa kita kepada dua juta kematian, adalah berpunca daripada ‘tindakan’ dan ‘tidak bertindak’,” katanya.

Menurut Abbasi, kerajaan berulang kali mengabaikan amaran oleh saintis mereka sendiri supaya melaksanakan langkah lebih ketat dan menyegerakan penjarakan fizikal, menyebabkan perintah berkurung dilaksanakan terlalu lewat bagi mengelakkan kematian.

Beliau menyalahkan ahli politik dan media kerana mencari alasan untuk memaparkan jumlah kematian besar di negara seperti Amerika Syarikat, Britain dan Brazil adalah disebabkan takdir dan bukannya kelemahan pentadbiran.

Abbasi menjadikan negara seperti New Zealand dan Taiwan yang mana kedua-duanya melaksanakan dasar ‘sifar Covid-19’ berbanding menguruskan virus tersebut sebagai penanda aras dalam menilai negara-negara lain. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI