fbpx

Angkara takut, pesara wanita ditipu Macau Scam RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Ezanee.

PETALING JAYA – Gara-gara takut dan bimbang akan disabitkan dengan aktiviti penggubahan wang haram, seorang pesara kerajaan kerugian wang tunai sebanyak RM1 juta selepas ditipu dua individu yang menyamar sebagai petugas Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Wanita yang berusia 74 tahun itu menyerahkan sejumlah wang tersebut kepada individu yang berselindung di sebalik Macau Scam melalui lima transaksi sejak 6 Oktober tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, mangsa telah mendapat panggilan daripada seorang individu yang mengaku daripada ibu pejabat Pos Malaysia memaklumkan terdapat satu bungkusan dihantar mangsa ke Sabah.

Bungkusan tersebut mengandungi Mykad, buku cek dan tiga keping kad mesin juruwang automatik (ATM) miliknya.

Jelasnya, panggilan telah disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan mangsa telah bercakap dengan dua individu dikenali Sarjan Fairul dan juga ‘Wan’.

“Kedua-duanya mengugut mangsa akan ditangkap dan direman atas kesalahan penggubahan wang haram sekiranya enggan memberikan kerjasama.

“Bimbang dengan perkara itu, mangsa telah melakukan transaksi pemindahan wang sebanyak lima kali bermula 1 Oktober tahun lalu. Melalui transaksi pertama, mangsa telah mengeluarkan RM833,000 daripada hasil simpanan dalam akaun Tabung Haji miliknya,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa turut melakukan beberapa lagi transaksi pemindahan wang kepada suspek masing-masing bernilai Rm75,000 dan RM84,500 seperti yang diarahkan kepadanya sehingga mengakibatkan jumlah kerugian keseluruhan mencecah RM1,007,673. -K!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI