fbpx

Ibu Yati beri keterangan lebih dua jam kepada JAIS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Norhayati ketika ditemui selepas memberikan keterangan lebih dua jam kepada JAIS hari ini.

SHAH ALAM – Bekas wartawan, Wan Norhayati Wan Alias, 41, hadir memberikan keterangan lebih dua jam di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung isu dakwaan ajaran agama Melayu.

Proses keterangan itu dilakukan Wan Norhayati atau lebih dikenali Ibu Yati bermula pukul 10.15 pagi hingga 1 tengah hari di bahagian pembangunan dan penyelidikan JAIS.

Wan Norhayati mendakwa perkara itu terjadi selepas video tersebut telah dimanipulasi dengan pelbagai andaian tanpa sebarang usul periksa memandangkan video itu lebih bersifat dokumentari berkaitan gong.

Katanya, video itu dibuat hasil kajian daripada pihaknya sendiri berkaitan paluan gong yang bukan sahaja digunakan untuk istiadat pertabalan raja malah ketika konvokesyen dan muzik untuk hiburan sekali.

Malah, dakwanya ritual api itu sebenarnya dilakukan kumpulan lain yang berzikir dan mengeluarkan api sebelum diambil sebagai kandungan video dalam menarik rating dokumentari itu.

“Jadi, adakah palu gong itu sesat dan perkataan ila ha ila ra ila ma’ itu tercatit dan direkodkan dalam kitab atau manuskrip lama Melayu yang ketika ini disimpan di sebuah muzium di London, England.

“Saya tidak pernah mengisytiharkan agama baru atau agama ajaran melayu, ” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan bangunan JAIS di sini semalam.

Jelasnya, kajian berkenaan itu dimulakan selepas ke muzium warisan Melayu di Universiti Putra Malaysia dengan banyak bahan sejarah hilang selepas kedatangan arab ke tanah Melayu.

“Saya cuma tidak mahu nilai estitika Melayu itu hilang dengan ramai orang tidak mengetahui mengenai istiadat paluan gong itu. Tambahan, saya bekas wartawan dan mempunyai mekanisma pengumpulan maklumat sendiri serta mengambil daripada sumber yang sahih sahaja.

“Jadi, kalau gong salah, fatwakan paluan gong itu salah agar semua tidak boleh menggunakannya,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan ajaran baharu dikenali ‘Agama Melayu’ yang didakwa sebagai sesat lagi menyesatkan.

Nasrudin berkata, pihak berkuasa sedang menyiasat perkara itu selain memberikan kefahaman aqidah dan fikrah. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI