fbpx
ALONSO berjaya meledak gol kedua Chelsea ketika mereka merakam kemenangan 2-0 menewaskan Burnley awal pagi semalam. – AFP

Tuchel nikmati kemenangan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus baharu Chelsea, Thomas Tuchel memperoleh kemenangan pertama bersama The Blues selepas menang 2-0 ke atas Burnley pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge malam kelmarin.

Bagaimanapun, beliau sedikit terkilan memandangkan jentera serangan yang diketuai Tammy Abraham dan Timo Werner terus kempunan untuk menghasilkan gol.

Kata Tuchel, jentera sera­ngan perlu segera menamatkan kemarau jaringan selepas mengharapkan sentuhan dua pemain pertahanan, Cesar Azpilicueta dan Marcos Alonso untuk menjaringkan gol pada perlawanan tersebut.

“Apabila dua pemain pertahanan menjaringkan gol, ia adalah isyarat kepada jentera serangan untuk menampilkan aksi lebih baik. Saya akui jentera serangan sedikit tumpul.

“Saya dapat lihat mereka (penyerang) bergelut untuk hasilkan gol. Kami akan cuba perbaiki kelemahan ini kerana Chelsea banyak memegang bola dalam kotak penalti lawan,” ujar Tuchel.

Sementara itu, bekas jurulatih Paris Saint-Germain (PSG) berkenaan menyuarakan kegembiraan selepas mencatat kemenangan sulung bersama Chelsea menerusi aksi memberangsangkan.

“Bagi saya, prestasi kami sa­ngat sempurna dari segi pertahanan mahupun serangan. Kami mengawal permainan serta mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN