fbpx
SUAREZ menjadi salah satu tonggak penting menjulang prestasi Atletico yang menjadi peneraju cara La Liga ketika ini. – AFP

Sentuhan Suarez makin sukar disekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CADIZ, Sepanyol – Pe­nyerang Atletico Madrid, Luis Suarez kini mendahului senarai penjaring terbanyak La Liga dengan keseluruhan 14 gol selepas meledak dua jaringan ketika menewaskan Cadiz 4-2 di Estadio Ramon de Carranza kelmarin.

Kecemerlangan itu juga secara tidak langsung berjaya membantu Atletico mendahului carta kedudukan La Liga dengan memiliki kelebihan besar 10 mata ke atas dua pasukan pilihan di tempat kedua dan ketiga, Real Madrid serta Barcelona.

Suarez, 34, mengakui, selesa dengan tugasan baharunya bersama Atletico apabila diberi tanggungjawab mengambil sepakan percuma yang berjaya menerjah jaring dalam babak pertama sebelum dia menambah gol kedua menerusi sepakan penalti pada minit ke-50.

“Sebelum ini Leo (Lionel Messi) akan mengambilnya (sepakan percuma) di Barcelona. Namun, saya juga banyak menjaringkan gol melalui set-piece ini ketika di Liverpool dan bersama pasukan kebangsaan.

“Seorang penyerang seharusnya mengambil peluang yang ada untuk cuba membantu pasukan sedaya upaya. Sekarang giliran saya untuk melakukannya dan saya gembira dengan situasi semasa,” kata Suarez yang sudah bermain 16 perlawanan La Liga bersama Atletico musim ini.

Dua lagi gol skuad bim­bingan Diego Simeone dalam per­lawanan itu diperoleh menerusi Saul Niguez dan Koke masing-masing pada minit ke-44 serta 88, manakala kedua-dua jaringan Cadiz dijaringkan oleh Alvaro Negredo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN