fbpx

Meteor punca letupan kuat didengar di langit Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak panah menunjukkan asap yang terhasil daripada letupan meteor.

PETALING JAYA – Bunyi letupan di langit yang didengari oleh penduduk di beberapa kawasan di Sabah, Brunei dan bahagian Utara Sarawak semalam dipercayai berpunca daripada meteor.

Perkara tersebut disahkan oleh Persatuan Astronomi Negara Brunei Darusssalam (PABD) semalam.

“Meteor dikesan memasuki ruang udara Brunei sekitar pukul 11 pagi. Beberapa orang saksi mengatakan ia menghasilkan bunyi yang kuat dan berasap.

“PABD juga ada menerima makluman dan beberapa keping gambar daripada saksi kejadian,” katanya di laman Facebook.

Kelmarin, media melaporkan penduduk di beberapa lokasi di Sabah termasuk Sipitang dan Beaufort mendengar bunyi letupan berkenaan.

Bunyi itu juga didakwa dide­ngari oleh penduduk di Labuan dan Brunei.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI