fbpx

Isu Agama Melayu: Jakim ambil pandangan kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli bercakap pada sidang akhbar program Yadim Peduli : Musaadah PKP 2.0 kepada petugas barisan hadapan dan misi bantuan pasca banjir di Kompleks Islam Putrajaya di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengambil kira pandangan pihak berkuasa agama negeri Selangor sebelum membuat keputusan berhubung ajaran Agama Melayu dibawa oleh seorang individu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Jakim akan menggunakan satu saluran untuk perkara itu dibincang dan keputusan dirumuskan antara jabatan itu dengan pihak berkuasa agama di negeri bagi memastikan tindakan yang akan diambil benar-benar tepat.

“Situasi ini perlu dibuat supaya apa yang kita lakukan itu benar-benar tepat dan tidaklah dianggap gopoh serta tidak mempunyai maklumat,” katanya selepas Majlis Pelancaran Musaadah PKP 2.0 kepada petugas barisan hadapan dan misi bantuan pasca banjir di Dataran Kompleks Pusat Islam Blok A, Putrajaya, hari ini.

Zulkifli berkata, pihaknya serta pihak berkuasa agama di setiap negeri sentiasa bermuzakarah sejak sekian lama bagi memfatwakan berkenaan ajaran-ajaran sedemikian.

“Kita akan fatwakan dari semasa ke semasa dan unit dakwah kita ada. Cuma kita tidak mahu menyatakan sesuatu (keputusan) itu dengan sepantas itu melainkan perkara yang disepakati
“Saya cukup berhemah dan berhati-hati dalam masalah ini. Melainkan perkara itu perkara yang jelas atau telah dikeluarkan satu fatwa atau warta barulah tidak dibenarkan,” katanya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI