fbpx
Beruang matahari yang berjaya ditangkap di Kampung Batu Tiong, Dungun semalam.

Beruang matahari ditangkap di Dungun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Keresahan penduduk Kampung Batu Tiong di sini tentang kehadiran beruang matahari yang tersesat masuk ke perkampungan itu sejak beberapa bulan lalu berakhir apabila haiwan liar itu berjaya ditangkap malam tadi.

Beruang matahari jantan seberat kira-kira 80 kilogram itu memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada pukul 10.30 malam.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Dr. Abdul Malek Mohd. Yusof berkata, pihaknya sebelum ini telah menerima aduan penduduk kampung berkenaan tentang ancaman beruang matahari tersebut.

“Mereka mengadu tanaman kelapa dan sarang lebah kelulut yang diusahakan sering dirosakkan beruang matahari itu sehingga menyebabkan kerugian ribuan ringgit.

“Sehubungan itu, Perhilitan negeri telah memasang perangkap di lokasi strategik pada Ahad lalu (kelmarin),” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Abdul Malek berkata, beruang matahari atau nama saintifiknya Helarctos Malayanus akhirnya berjaya ditangkap tidak sampai 30 jam selepas perangkap dipasang.

Beliau berkata, haiwan liar berkenaan telah dibawa ke Taman Negara Terengganu, Hulu Terenganu untuk dilepaskan ke habitat baharu hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN