fbpx
Anggota polis mengenakan kompaun kepada 21 individu dalam satu majlis pengebumian di pusat pengurusan mayat masyarakat Cina di Bentong, Pahang semalam.

21 orang hadir upacara pengebumian dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BENTONG – Sudah diberi amaran awal oleh pasukan peronda polis namun masih berdegil.

Akibatnya seramai 21 individu menghadiri satu upacara pengebumian di sebuah pusat pengurusan mayat masyarakat Cina di sini menerima padah apabila dikenakan kompaun masing-masing sebanyak RM1,000 kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Ketua Polis daerah, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, seramai 15 lelaki dan enam perempuan berumur 14 hingga 75 tahun dikenakan kompaun kerana ingkar arahan PKP 2.0.

“Dalam pemantauan pada pukul 3.30 petang semalam terdapat sekumpulan lelaki dan wanita tempatan berada dalam keadaan tiada penjarakan fizikal dan tidak mengikut SOP PKP 2.0 sepertimana ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi pengurusan kematian dan pengebumian.

“Pihak polis telah memberikan peringatan dan juga amaran berkaitan SOP kepada mereka namun setelah rondaan kali kedua di lokasi sama mereka masih juga tidak mematuhi SOP maka tindakan kompaun telah diambil,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Zaiham, pihak polis sentiasa menghormati upacara keagamaan yang diadakan namun ia perlulah mematuhi SOP yang ditetapkan dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

Katanya, kesemua individu berkenaan dikenakan kompaun mengikut Perkara 16 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Sementara itu, seorang individu enggan dikenali yang turut menghadiri upacara pengebumian di situ berkata, dia bersama keluarganya telah mengikut SOP ditetapkan oleh pihak polis seperti penjarakan fizikal dan had jumlah individu.

“Kami terkejut juga dengan kehadiran polis selepas polis memberi amaran kepada kumpulan itu, namun kami mematuhi SOP ditetapkan dan tidak dikenakan tindakan,”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN