fbpx

Tipu maklumat peribadi untuk dapatkan bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Syahbuddin Hashim bersama bakul makanan yang akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

GUA MUSANG – Terdapat segelintir individu dalam kalangan masyarakat di daerah ini dikesan sanggup menipu maklumat peribadi untuk menerima bantuan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, ada antara penduduk yang mengaku miskin selain kehabisan beras di rumah sejak 16 Januari lalu.

Katanya, selain bantuan beras dan makanan, susu tepung untuk anak juga mendapat permintaan tinggi setiap hari sama ada yang memerlukan atau yang sudah berkemampuan.

“Kita memahami bahawa setiap lapisan masyarakat terkesan dengan PKP yang dilaksanakan kerajaan apabila punca pendapatan mereka terjejas.

“Bagaimanapun, kita berharap mereka bersikap jujur dalam memberi maklumat kerana kita ingin membantu golongan yang betul-betul memerlukan bantuan,” katanya kepada ketika ditemui pemberita di Pusat Khidmat ADUN Galas di sini hari ini.

Mohd. Syahbuddin yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Asnaf Gua Musang (PEKA GM) berkata, pertubuhan itu dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Galas telah turun untuk membantu dan menyerahkan sumbangan bekalan makanan kepada mereka yang memerlukan.

Katanya, sebanyak 350 bakul makanan telah diserahkan kepada penduduk yang terputus bekalan makanan sehingga semalam.

“Gerak kerja tersusun telah dilakukan bagi membantu keluarga asnaf ketika berdepan wabak Covid-19. Ini kerana, kita tidak mahu terdapat keluarga yang lapar khususnya dalam DUN Galas.

“Kami mengalu-alukan sumbangan daripada para penderma di seluruh negara untuk kita salurkan kepada golongan asnaf memerlukan,” katanya.

Tambah Mohd. Syahbuddin, orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan barangan secara terus kepada Pusat Khidmat ADUN Galas atau menerusi akaun Bank Islam, Pertubuhan Kebajikan Asnaf Gua Musang 03063010057562. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI