fbpx

Gagal seludup 4,500kg daun ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasanuddin (tengah) menunjukkan sebahagian daun ketum yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling, hari ini.

BALING – Cubaan seorang lelaki menyeludup sebanyak 4,500 kilogram (kg) daun ketum dari Sik dekat sini ke Kelantan gagal apabila ditahan di sekatan jalan raya (SJR) di Simpang Tiga Jerai, Kupang di sini awal pagi ini.

Lelaki berusia 39 tahun yang memandu lori jenis Isuzu itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling bersama anggota SJR kira-kira pukul 1 pagi sewaktu sedang dalam perjalanan menghala ke Gerik, Perak dari arah Kupang.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pemeriksaan yang dilakukan di bahagian belakang muatan lori yang ditutup dengan kain kanvas menemui 450 bungkusan plastik berwarna hitam dan ungu.

“Setiap bungkusan itu mengandungi ikatan-ikatan daun disyaki daun ketum seberat 4,500 kg yang dianggarkan bernilai RM45,000,” katanya pada sidang akhbar di IPD Baling di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat.

Katanya, suspek dipercayai mengambil upah membawa daun ketum tersebut sebanyak RM800 setiap perjalanan.

“Siasatan juga mendapati suspek mempunyai kesalahan lampau bagi kes sama di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 pada Disember tahun lalu dan membayar denda sebanyak RM5,000,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI