fbpx

Stigma, diskriminasi penyebab pesakit kusta enggan dapat rawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Stigma dan diskriminasi antara permasalahan masih dihadapi oleh pesakit kusta dan keluarga sekali gus individu dan kontak rapat tersebut bukan sahaja enggan hadir ke klinik, malah tidak mahu disaring dan diberi rawatan untuk penyakit itu.

Justeru, Kementerian Kesihatan (KKM) menyeru semua pihak berusaha untuk membasmi atau menipiskan stigma dan diskriminasi yang diyakini menjadi salah satu punca kepada penularan kusta dalam kalangan keluarga dan komuniti di lokaliti endemik di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, KKM sentiasa komited untuk memperkukuhkan semua aktiviti kawalan dan pencegahan dalam setiap aspek di bawah Program Kawalan Kusta Kebangsaan.

Katanya, Malaysia telah mencapai tahap eliminasi kusta pada tahun 1994 iaitu dengan kadar prevalen 0.9 kes bagi setiap 10,000 penduduk.

“Sasaran yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kurang daripada satu kes bagi setiap 10,000 penduduk.

“Berdasarkan pencapaian lima tahun, Malaysia melaporkan 198 hingga 213 kes baharu dengan kadar insiden kes kusta di antara 0.57 hingga 0.62 kes bagi setiap 100,000 penduduk dan kadar prevalen di antara 0.02 hingga 0.14 kes bagi setiap 10,000 penduduk.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI