fbpx

“Semoga Allah lembutkan hati mereka..”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Tarmidi Yaaccob

MELAKA – “Semoga Allah lembutkan hati keluarga kandung ‘Adik’. Kami harap dapat bawa jenazahnya ke Rawang, Selangor. Sekalipun hasrat kami tidak kesampaian, biarlah kami uruskan jenazahnya,” katanya.

Itu rayuan Md. Tarmidi Yaaccob, 52, bapa angkat kepada kanak-kanak lelaki yang maut dipercayai akibat didera dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, di sini, kelmarin.

Katanya, dia sekeluarga berhasrat untuk membawa balik jenazah kanak-kanak tersebut ke Rawang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung.

“Semalam kami ada berjumpa dengan nenek dan bapa saudaranya di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, isteri saya merayu-rayu kepada mereka untuk membenarkan kami membawa pulang jenazah Adik.

“Bagaimanapun, mereka hanya memberitahu perkara itu perlu diputuskan sendiri oleh ibu kandungnya yang kini ditahan polis. Hari ini ketika bertemu dengan ibunya di bilik Jabatan Forensik, dia hanya menggelengkan kepala,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, di sini hari ini.

Tambahnya, keluarga berasa terkilan kerana sehingga kini tiada kata putus diberikan oleh keluarga kandung berkenaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI