fbpx

5,298 kes baharu, 14 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kes baharu hari ini kekal merekodkan angka melebihi 5,000 dengan 5,298 kes menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 214,959 kes.

Menerusi ciapan twitter Kementerian Kesihatan memaklumkan, daripada jumlah tersebut, tiga kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 5,295 kes adalah penularan tempatan.

Dalam masa sama, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 48,150 kes.

“Sebanyak 14 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan 760 kes.

“Terdapat 4,522 kes sembuh hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 166,049 kes,” menurut ciapan tersebut di sini hari ini.

Selain itu, sebanyak 313 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 127 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI