fbpx

39 dicekup ‘berpesta’ ketika PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA individu yang ditahan polis di sebuah premis yang dijadikan sebagai pusat hiburan di Bestari Jaya, Kuala Selangor, Selangor, semalam.

KUALA SELANGOR – Keseronokan 39 individu ‘berpesta’ di sebuah premis yang dijadikan sebagai pusat hiburan di Bestari Jaya di sini, terhenti apabila diserbu polis, kelmarin.

Difahamkan, bagi mengelak dihidu pihak berkuasa, premis itu dikelilingi pagar batu manakala bangunan hadapannya dijadikan restoran.

Perbuatan semua suspek berusia 21 hingga 43 tahun yang jelas mengingkari prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu memakan diri apabila ditahan kira-kira pukul 12.15 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, serbuan itu dijalankan hasil risikan pihaknya mengenai aktiviti berkenaan sejak dua minggu lalu.

“Pemeriksaan lanjut kemudian mendapati premis itu dijadikan sebagai pusat hiburan yang dijaga seorang lelaki warga Bangladesh.

“Selain 10 wanita warga asing, seramai 24 lelaki dan empat wanita tempatan ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Jelas beliau, pihaknya turut merampas peralatan karaoke dan semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor untuk tindakan lanjut dan pemilik premis itu turut akan dikesan bagi membantu siasatan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI