fbpx

UMNO Selangor kekal hormati institusi Presiden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOH ketika melakukan proses sanitasi di kawasan SMK Tiram Jaya, Tanjong Karang, Selangor, hari ini.

KUALA SELANGOR – UMNO Selangor berpegang teguh kepada institusi presiden dan kekal menunggu
sehingga sidang pemilihan parti pada tahun ini

Pengerusi Badan Perhubungannya, Tan Sri Noh Omar berkata, semua pihak seharusnya terus menghormati prinsip perlembagaan dan peraturan parti berkenaan.

“Jika melibatkan soal penukaran presiden, kita mempunyai peraturan dan institusi presiden yang dipilih oleh perwakilan perlu dihormati.

“Saya dimaklumkan pemilihan parti akan diadakan tahun ini juga dan kita perlu menunggu waktu itu nanti,” katanya ketika ditemui selepas program sanitasi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tiram Jaya, Tanjong Karang di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas desakan daripada kepimpinan pemuda bahagian dan negeri, termasuk Ketua UMNO Bahagian agar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatannya.

Mengulas lanjut, Noh menegaskan setakat ini tiada UMNO bahagian di negeri ini menyatakan desakan seumpama itu malam tiada sebarang usul dibentangkan pada mesyuarat perwakilan UMNO bahagian baru-baru ini.

“Kita harus hormati prinsip demokrasi dan tidak boleh mendesak kecuali presiden (Ahmad Zahid) sendiri mahu meletakkan jawatan.

“Jangan kita berpecah belah kerana bimbang nanti bukan saja lawan, malah kawan juga tidak hormati kita,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI