fbpx

Eun-seok guna haiwan untuk popular?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARK EUN-SOK

AKTOR Park Eun-seok yang kian mengecap populariti dek keberkesanan watak Logan Lee menerusi naskhah The Penthouse baru-baru ini terpalit dengan kontroversi melibatkan penganiayaan haiwan peliharaannya.

Isu tersebut timbul apabila pelakon tersebut menampilkan seekor anjing peliharaannya bernama Molly yang baharu mencecah usia tiga bulan dalam sebuah rancangan televisyen, I Live Alone.

Selepas rancangan tersebut tamat siaran, beberapa netizen mula bercakap dan mengungkit tentang haiwan peliharaannya sebelum ini yang hilang tanpa khabar berita.

Seorang netizen yang mendakwa dirinya rakan sekelas Park Eun-seok berkata, pelakon itu sanggup menukar haiwan peliharaan jika teman wanitanya tidak menyukai dan meminati haiwan tersebut.

Rata-rata netizen meluahkan kebimbangan sekiranya Park Eun-seok hanya menggunakan haiwan peliharaan untuk tujuan persembahan semata-mata.

Pada masa sama, agensi naungannya turut mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan dakwaan yang merosakkan nama dan imej pelakon tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI