fbpx

Kawat besi bukan hanya PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota tentera memasang kawad besi di beberapa lorong jalan di Taman Temerloh Jaya di Temerloh, semalam.

TEMERLOH – Pemasangan kawat besi di beberapa lorong jalan di Taman Temerloh Jaya di sini dilakukan sebagai kaedah kawalan biasa dalam usaha membanteras penularan pandemik Covid-19.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang, Mohd. Zairasyahli Shah Zakaria berkata, pemasangan kawat besi berkenaan akan dilakukan dalam tempoh kuarantin individu yang mempunyai kontak dengan pesakit Covid-19.

“Ia bukanlah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kerana kalau PKPD akan diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Itu kawalan biasa sahaja, kita bimbang individu di lorong itu keluar ke bandar sebab kawasan itu ada beberapa rumah dikuarantin,”katanya di sini, hari ini.

Pemasangan kawat besi yang dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam di beberapa lorong Taman Temerloh Jaya menggemparkan penduduk setempat.

Sehingga semalam, daerah Temerloh yang berada pada zon merah merekodkan 88 kes positif Covid-19.

Menurut Mohd. Zairasyahli pada masa ini terdapat individu yang dikuarantin di kawasan itu kerana mempunyai kontak kepada pesakit Covid-19.

Katanya, pemasangan akan dilakukan dalam tempoh kuarantin kira-kira 10 hari bagi memudahkan kawalan lebih berkesan.

“Ia memudahkan pihak berkuasa, jadi tidak perlulah hendak letak anggota sepanjang lorong itu atau pun lorong belakang. Jadi apabila ada kawat besi cuma ada satu hala laluan untuk keluar masuk sahaja,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI