fbpx

5,725 kes, 16 kematian direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kes baharu hari ini melonjak kepada 5,725 kes, sekali gus angka tertinggi dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 mencecah 203,933 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, tujuh kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 5,268 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 45,478 kes.
“Sebanyak 16 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan 733 kes.

“Selain itu, terdapat 3,423 kes sembuh hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 157,722 kes,” katanya menerusi ciapan pada twitter rasmi beliau di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 301 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 115 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI