fbpx

Wanita maut motosikal terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa yang rosak terus selepas dipercayai terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di Kilometer S1.4 Lebuh Raya Damansara Puchong semalam.

PETALING JAYA – Seorang wanita maut selepas terpelanting sejauh hampir 19 meter dalam satu kemalangan di Kilometer S1.4 Lebuh Raya Damansara Puchong dari arah Puchong semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, pihaknya dimaklumkan tentang kejadian kira-kira pukul 6.25 petang yang melibatkan sebuah motosikal di susur masuk dari arah Puchong ke Putra Height.

“Mangsa merupakan seorang wanita tempatan berusia 30 tahun yang bekerja sebagai penghantar makanan dan menunggang motosikal jenis Yamaha YZF R15.

“Siasatan awal di lokasi mendapati kejadian berlaku apabila motosikal mangsa yang sedang bergerak lurus disyaki terbabas dan melanggar pembahagi jalan mengakibatkan wanita berkenaan terpelanting sejauh kira-kira 19 meter dan melanggar sebatang pokok,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Jelas Azman, wanita berkenaan disahkan meninggal di lokasi kejadian dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang untuk di bedah siasat.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengesan sekiranya kejadian ada melibatkan kenderaan lain dan saksi kejadian dipohon tampil bagi membantu siasatan pihak polis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tegas beliau.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI