fbpx

Suri rumah rugi RM18,000 diperdaya Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Seorang suri rumah berusia 50 tahun di Kepala Batas di sini kerugian sebanyak RM18,000 dipercayai akibat ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar polis semalam.

Mangsa dikatakan terjerat dalam penipuan itu selepas menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa dirinya wakil syarikat Pos Malaysia baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pemanggil itu bertanya kepada mangsa mengenai bungkusan mengandungi lapan keping kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik individu lain yang dihantar olehnya.

“Mangsa yang terkejut menafikan hal itu sebelum penggilan disambungkan kepada individu lain kononnya polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Seremban untuk membuat aduan dan semakan.

“Polis itu mendakwa, hasil semakan kad pengenalan mangsa mendapati dia ada terlibat dalam kes penyeludupan dadah dan penipuan wang haram,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Noorzainy, mangsa dimaklumkan dia boleh membuat rayuan berhubung kes itu, tetapi perlu membayar RM30,000.

“Tetapi mangsa beritahu dia hanya mempunyai wang RM18,000 sebelum membuat transaksi memasukan wang ke dalam dua akaun yang diberikan kerana ketakutan.

“Mangsa dijanjikan bahawa wang itu akan dikembalikan sebelum menyedari dia ditipu selepas tidak lagi menerima sebarang panggilan telefon,” katanya.

Noorzainy berkata, mangsa tampil membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI