fbpx

Hubungan cinta Neelofa, Haris kembali terjalin?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haris dan Neelofa

PETALING JAYA – Selepas hampir sebulan isu keretakan hubungan cintanya diperkatakan, selebriti popular Neelofa dilihat mula memberi bayangan ikatannya dengan Pencetus Ummah (PU) Riz telah pulih.

Bekas pengacara Meletop itu dilihat memberi tanda suka (like) pada sekeping foto terbaharu yang dimuat naik Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail, 26, dalam laman Instagramnya semalam.

Tanda suka tersebut ditinggalkan pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, pada foto yang memaparkan Riz sedang memegang buku penulisannya berjudul Kaya Jiwa.

Pemantauan Kosmo! mendapati, kali terakhir bekas pengacara MeleTOP itu memberi tanda suka pada foto Riz sekitar tiga hari lalu.

Pada masa sama, Riz juga dilihat meninggalkan tanda suka dan menonton hantaran video terbaharu Neelofa yang dimuat naik lima hari lalu.

Difahamkan, tanda suka ber­kenaan merupakan yang pertama diberikan selepas hubungan mereka didakwa retak sekitar akhir Disember lalu.

Tindakan pasangan itu yang saling berbalas tanda suka dalam hantaran Instagram masing-masing menguatkan lagi khabar angin bahawa hubungan mereka kembali pulih.

Lebih menguatkan spekulasi, Neelofa dilihat kembali mempromosikan buku Kaya Jiwa dalam InstaStorynya sejak beberapa hari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI