fbpx

Pegawai Bomba terima rasuah didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang Pegawai Bomba (tengah bertopi) dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerima rasuah RM1,800 berkaitan urusan permohonan lesen perniagaan.

SEREMBAN – Seorang Pegawai Bomba didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM1,800 berkaitan urusan permohonan lesen perniagaan.

Tertuduh, Md. Azli Johar, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Mengikut pertuduhan, Md. Azli yang bertugas sebagai Pegawai Bomba Kanan 1 (KB 24) di Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, Negeri Sembilan didapati menerima wang tunai RM1,800 daripada seorang individu bagi urusan permohonan lesen perniagaan Damieqa Enterprise yang mana dia mengetahui mempunyai hubungan dengan kerja rasmi tertuduh.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah Restoran Al-Baraqah, Pekan Gemencheh, Negeri Sembilan pada pukul 11 pagi, 22 Oktober 2019.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali manakala tertuduh diwakili peguam M.Sivam.

Mahkamah mengarahkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan pasport perlu diserahkan kepada pihak SPRM Negeri Sembilan.

Kes disebut semula 3 Mac 2021. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI