fbpx

Geng Habib aktif palsukan slip saringan Covid-19 tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imran (kanan) menunjukkan slip palsu saringan Covid-19 pada sidang akhbar tangkapan sindiket pemalsuan slip saringan Covid-19 di Bangunan AMC, KLIA di sini, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Polis berjaya menumpaskan ‘Geng Habib’ yang aktif melakukan sindiket pemalsuan slip saringan Covid-19 dengan penahanan dalang geng terbabit di Bandar Baru Seri Petaling, Selangor, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Imran Abd. Rahman berkata, penahanan lelaki warga Pakistan yang berusia 27 tahun itu diperoleh selepas polis membuat beberapa tangkapan berasingan sebelum ini.

Imran berkata, tangkapan awal dibuat ke atas dua lelaki warga Pakistan selepas pegawai perkhidmatan pelanggan Syarikat Penerbangan Emirates mengesan mereka mengemukakan surat pengesahan ujian saringan Covid-19 palsu di kaunter daftar masuk penerbangan pada 20 Januari lalu.

“Suspek yang berusia 37 dan 28 tahun itu ingin berlepas pulang melalui penerbangan Emirates ke Pakistan bagaimanapun terkandas selepas pemeriksaan dan aduan dibuat kepada pihak polis.

“Berdasarkan siasatan lanjut, didapati surat pengesahan ujian saringan Covid-19 dengan keputusan negatif yang dibawa suspek telah dibeli dengan harga RM300 daripada seorang kenalan di Klang,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Imran berkata, bertindak atas maklumat itu, polis telah membuat tangkapan terhadap seorang lelaki warga Pakistan berusia 20-an di sebuah premis pejabat di Telok Gong, Klang.

“Tangkapan kedua kemudian dibuat ke atas seorang lelaki warga Pakistan berusia 33 tahun pada 22 Januari dan hasil soal siasat mendapati suspek berhubung dengan seorang penjual dikenali sebagai Naem di Johor Bahru.

“Pada hari sama, polis teruskan siasatan dan tangkapan ketiga dibuat ke atas seorang lagi lelaki warga Pakistan dan serbuan dibuat di kediaman suspek di Taman Tampoi Indah 2, Johor Bahru sebelum membawa penangkapan kepada dalang sindiket terbabit,” katanya.

Katanya, daripada penahanan kesemua suspek, polis telah merampas wang tunai berjumlah RM13,500, lapan telefon bimbit; dua komputer riba, dua kad ATM dan dua utas gelang.

“Turut dirampas ialah 12 keping slip saringan Covid-19 palsu, empat buku nota dan satu set komputer,” katanya.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI