fbpx

4,772 ditahan langgar SOP di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vidyananthan

JOHOR BAHRU – Seramai 4,772 individu ditahan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan pandemik Covid-19 sejak 18 Mac yang lalu hingga hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 3,752 individu telah dituduh di mahkamah sepanjang tempoh berkenaan.

“Pada semalam sahaja, 44 individu dikenakan tindakan kompaun kerana melanggar SOP ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 13 Januari lalu.

“Sejak tahun lalu juga, seramai 5,730 individu telah menjalani proses kuarantin di rumah di negeri ini sehingga kini,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, jumlah individu yang dikenakan tindakan kerana ingkar perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah sejak 29 Januari tahun lalu pula ialah seramai 142 orang.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI