fbpx

3,680 kes baharu, 7 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
3,680 kes hari ini

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,680 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 194,114 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, enam kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 3,674 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 42,389 kes.
“Tujuh kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 707 kes.

“Selain itu, sebanyak 1,858 kes sembuh dicatatkan dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 151,018 kes,” katanya menerusi ciapan pada twitter rasmi beliau di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 314 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 122 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI