fbpx

Boleh beli ikan segar melalui online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA orang pelanggan memilih pelbagai jenis ikan yang dijual di Pasar Mini NEKmart di Taman Wahyu, Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Keperluan untuk mendapatkan bekalan ikan dan makanan laut sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini dipermudahkan dengan adanya inisiatif oleh Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) yang memperkenalkan perkhidmatan penghantaran Jualan Ikan Segar Beku (Q-Fish).

Pengurus Besar Nekmat, Azrin Shah Ismail berkata, orang ramai kini tidak perlu risau kerana semua jenis ikan akan diiklankan di Facebook Nekmat bagi memudahkan para pengguna.

Paling menarik katanya, sebanyak 15 jenis ikan laut segar berharga serendah RM4 ditawarkan kepada para pembeli.

“Bagi penduduk sekitar Lembah Klang, mereka juga boleh membeli secara online melalui www.nekmatbiz.com.my atau di shopee.com.my/nekmat.os,” katanya.

Dalam pada itu katanya, Nekmat turut memperkenalkan empat cara mudah kepada pe­langgan untuk mendapatkan ke­perluan barangan mereka.

Azrin Shah berkata, kesemua empat kaedah itu boleh dilakukan di Pasar Mini NEKmart yang dilancarkan pada 12 Januari lalu di Taman Wahyu, Kuala Lumpur.

“Empat cara mudah itu ialah pembelian secara terus di kedai, pembelian melalui ‘runner’, konsep ‘Pick-N-Go’ melalui aplikasi dan melalui jualan online di NEKMATBIZ atau Shopee.

“Orang ramai boleh mula membeli seawal pukul 7 pagi hingga 7 malam sepanjang kedai itu beroperasi,” jelasnya.

Beliau menambah, premis tersebut berkonsepkan One Stop Centre dan sasaran utama kepada pelanggan dan perniagaan.

Katanya, semua stok barangan adalah usaha sama usahawan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK), Pertubuhan Peladang, usahawan bumiputera, usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) dan usahawan Fama (FamaCorp).

“Kebanyakan barang yang dijual memang datang daripada usahawan-usahawan tempatan selain produk Nekmat sendiri,” ujarnya.

Sementara itu, katanya, jualan ikan segar yang diusahakan Nekmat di kawasan yang sama juga mendapat sambutan yang memberansangkan sejak dimulakan pada 10 Mac tahun lalu.

Jelasnya, keuntungan yang diraih sehingga kini bernilai kira-kira RM2.055 juta melibatkan penjualan keseluruhan sebanyak 219 metrik tan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI