fbpx

Tular video wanita punggah sampah bawa anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUAMI Nadya menghulurkan sedikit wang bagi meringankan beban wanita tersebut dalam satu video yang dikongsikan nadyazaira92 di TikTok.

PETALING JAYA- Tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan seorang ibu memunggah sampah demi kelangsungan hidupnya.

Wanita itu dilihat membawa tiga anaknya ketika memunggah sampah itu.

Video itu dikongsi oleh pengguna TikTok, nadyazaira92 dipercayai berlaku di Kelantan.

“Di saat aku rasa diri aku susah dah, ada lagi yang susah daripada aku,” ujarnya dalam video itu.

Netizen turut memuji tindakan suami Nadya yang kelihatan menghulurkan wang kepada salah seorang anak wanita tersebut.

Suaminya meminta agar wanita itu membeli nasi menggunakan wang yang telah diberikan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI