fbpx

Elisya berguru dengan bakal mertua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELISYA kini bercinta dengan anak teruna Sheila Rusly.

Sejak tahun lalu, ramai sudah dapat menghidu hubungan cinta antara Elisya Sandha dan Uzair Haqimy iaitu anak kepada selebriti versatil, Sheila Rusly.

Malah, pasangan itu juga sudah tidak lagi kedekut untuk berkongsi gambar aksi romantis dalam media sosial masing-masing. Mudah kata, tiada lagi rahsia antara mereka dengan peminat.

Terbaharu, Sheila memuat naik beberapa keping gambar Elisya sedang sibuk membuat pastri di dapur.

Perkongsian tersebut sekali gus memberi bayangan kehadiran Elisha dalam keluarga Sheila disambut baik.

Manakala, dalam ruangan komen pula, Elisya menitipkan ucapan terima kasih kepada ibu teman lelakinya itu kerana sudi berkongsi ilmu memasak dengannya.

“Terima kasih mak cik kerana ajar Elisya pengalaman yang sangat berharga ini,” tulisnya.

Seronok pula hati melihat perkara yang baik-baik. Harapnya jangan dilambatkan perkara yang elok ya. Sheila pun macam tak sabar nak dapat menantu nampaknya!

DIVA: Tidak sangka pula umur Kavita Sidhu sudah mencecah 50 tahun. Agaknya apa jenis pemakanan yang diamalkan olehnya sehingga masih cantik begitu. Diva pun nak cantik juga!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI