fbpx

9 ekor lembu mati dirempuh di LPT2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada sembilan lembu yang mati akibat dirempuh dua kenderaan di Kilometer 291.1, LPT2 berhampiran Kijal di Kijal semalam.

KEMAMAN – Dua buah kereta mengalami kerosakan teruk apabila gagal mengelak dan merempuh sembilan ekor lembu di Kilometer 291.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Kijal di sini mati tadi.

Dalam kejadian pada pukul 8.30 malam itu, kesemua sembilan ekor lembu yang dilanggar terbabit mati bergelimpangan di atas lebuh raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, kedua-kedua kereta terlibat iaitu Proton Saga dan Volvo sedang menghala ke arah Kuala Terengganu dari
Kuantan, Pahang.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, kedua-dua kereta berkenaan gagal mengelak lalu merempuh kesemua sembilan lembu yang berada di tengah-tengah laluan lebuh raya berkenaan.

“Impak daripada rempuhan itu menyebabkan bahagian hadapan dan belakang kereta Proton Saga yang dipandu seorang wanita berusia 28 tahun mengalami kerosakan teruk selain tangki air enjin kenderaan tersebut turut pecah,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, bahagian hadapan kereta Volvo dipandu seorang lelaki berusia 46 tahun yang berada di belakang juga remuk teruk akibat perlanggaran berkenaan.

Beliau berkata, pemandu dua kereta terlibat terselamat tanpa sebarang kecederaaan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI