fbpx

Pilihan ideal untuk saiz ekstra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PREMIS Bob Rock LoveLily yang terletak di Plaza Masalam, Shah Alam menawarkan pakaian sehingga saiz 6XL.

SHAH ALAM – Menyedari permintaan tinggi untuk pakaian bersaiz besar, jenama Bob Rock LoveLily kekal utuh mengkomersialkan pelbagai koleksi menarik dan berkualiti buat golongan
‘berisi’ sejak 2013.

Jenama milik syarikat Moxwave Sdn. Bhd. itu menawarkan baju dan seluar bersaiz XL hingga 6XL buat kaum lelaki serta wanita merangkumi pakaian kasual, konvensional, muslimah, baju
Melayu dan koleksi terbaharu, iaitu set pasangan.

Pengarah Urusannya, Nasrul Hakim Shahruddin, 41, berkata idea perniagaan itu tercetus selepas beliau kerap diminta rakannya yang bertubuh besar untuk membeli pakaian di Thailand.

“Saya sememangnya kerap berkunjung ke negara itu atas urusan perniagaan lain dan menggunakan kesempatan yang ada untuk membantu kawan-kawan.

“Berikutan kekerapan itu, saya mahu cuba menjalankan perniagaan ini yang dilihat masih kurang dikomersialkan di sini,” katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

NASRUL dan Liyana (tengah) bergambar bersama model yang
memperagakan koleksi terbaharu mereka.

Berbekalkan semangat tinggi dan modal awal berjumlah RM30,000, Nasrul Hakim bersama isterinya, Liyana Abdul Rahman, 34, menubuhkan syarikat untuk membina jenama mereka
sendiri.

Menurutnya, jenama Bob Rock LoveLily masih mengekalkan konsep asal, iaitu semua pakaian bersesuaian dengan saiz Asia dan mengikut trend fesyen terkini.

“Kami menggunakan fabrik berkualiti tinggi dari Thailand yang amat selesa dipakai selain turut menghasilkan rekaan sendiri mengikut permintaan pelanggan atau trend,” katanya.

Beroperasi di Plaza Masalam, Sesyen 9 di sini, Liyana berkata, krisis pandemik Covid-19 tidak sesekali mematahkan semangat keusahawanan yang telah bertapak kukuh malah mereka memiliki
perancangan menambah koleksi terbaharu dan membuka francais di seluruh negara.

“Jika tiada aral, kami bercadang membuat koleksi jubah umrah selain pakaian tradisional tempatan bagi kaum India dan Cina.

“Berikutan permintaan tinggi, kami juga berniat untuk membuka cawangan di negeri lain pada tahun depan,” katanya sambil memaklumkan pelanggan mereka termasuk dari Singapura dan
Brunei.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan membuat pembelian dalam talian boleh menghubungi 03-5513 3588 atau melayari laman web www.bobrocklovelily.com.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI