fbpx

Isu fitnah ubah suai rumah, Awal Ashaari fail tuntutan balas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awal Ashaari

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara Awal Ashaari telah memfailkan tuntutan balas terhadap sebuah syarikat hiasan dalaman yang menyamannya tahun lalu berhubung isu pengubahsuaian rumah.

Melalui tuntutan balas yang difailkan pada 30 Disember tahun lalu, Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari menuntut ganti rugi sebanyak RM750,000 daripada Syarikat Naz Empire Sdn. Bhd. atas kegagalan syarikat itu melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian di kediamannya seperti yang telah dipersetujui.

Dalam tuntutan balas itu, Awal mendakwa telah menarik balik tawaran untuk mengadakan kerja-kerja pengubahsuaian rumah di Sunway Damansara sebaliknya menerima tawaran Syarikat Naz Empire Sdn. Bhd. bagi kerja-kerja pengubahsuaian bagi rumahnya yang lain di Sri Hartamas.

Awal mendakwa, lakaran bentuk yang telah dipinda pada 28 Jun 2019 tidak pernah diserahkan sebaliknya hanya ditunjukkan melalui paparan skrin komputer milik syarikat itu.

Lakaran itu juga sekali lagi tidak mempunyai sebarang ukuran atau perincian yang membolehkannya mengenal pasti butiran maklumat perincian yang diperlukan.

Dakwa Awal lagi, syarikat tersebut bersetuju untuk menaja kos kerja-kerja perkayuan bagi bilik tidur utama rumah Sri Hartamas dan turut menawarkan untuk menaja sebahagian daripada kos kerja-kerja pengubahsuaian dapur hartanah terbabit.

Sebagai balasan, atau pertimbangan untuk tajaan tersebut, Naz Empire mencadangkan Awal, untuk mengiklankan serta mempromosikan kerja-kerja pengubahsuaian oleh syarikat itu hanya selepas kerja-kerja pengubahsuaian dapur disempurnakan dalam akaun media sosial milik Awal.

Melalui suatu kontrak antara Awal dan syarikat itu, pada 25 Julai 2019 kerja-kerja pengubahsuaian melibatkan  dapur kering, ruang keluarga, ruang tamu, dapur basah, ruang solek, foyer (serambi) dan dapur tambahan yang perlu diselesaikan pada 8 Februari 2020.

Bagaimanapun, sehingga 18 Oktober 2019, Awal mendakwa syarikat gagal memberikan segala dokumen berkaitan seperti sebut harga terkini ekoran terdapat beberapa kerja-kerja pengubahsuaian tambahan, lukisan beserta ukuran dan perincian kerja-kerja pengubahsuaian.

Namun pada 25 Oktober 2019, Awal telah mengarahkan Naz Empire untuk menghentikan kerja-kerja pengubahsuaian rumah dan dapur selepas Naz Empire tidak memberikan kerjasama dalam menangani masalah kerja-kerja tersebut.

Berikutan itu, Awal telah memberikan dua pilihan terhadap syarikat tersebut samaada menyiapkan kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian dapur atau menghentikan kerja-kerja tersebut tanpa sebarang pembayaran tambahan.

Sehubungan itu, Awal menuntut semula wang pendahuluan RM80,000 daripada RM100,000 yang telah diberikan selain kos baik pulih sebanyak RM650,000 beserta faedah lima peratus dari tarikh tuntutan balas difailkan sehingga tarikh penyelesaian penuh.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI