fbpx

660 ditahan, ingkar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 660 individu ditahan atas kesalahan ingkar presidur operasi standard (SOP) dan daripada jumlah tersebut, seramai 621 individu dikompaun manakala 39 lagi direman.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 56,935 pemeriksaan semalam bagi memantaudan menguatkuasakan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Seramai 2,947 Pasukan Pematuhan melibatkan 12,402 anggota telah membuat pemantauan di 3,396 pasar raya, 4,953 restoran, 1,712 penjaja, 1,062 kilang, 3,178 bank dan 639 pejabat kerajaan.

“Juga dipantau, sebanyak 944 terminal pengangkutan darat, terminal pengangkutan air 209 dan terminal pengangkutan udara 62,” jelasnya melalui satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya lagi, kesalahan direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka sebanyak 228, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (121), tiada
penjarakkan fizikal (96), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (54), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (63) dan lain-lain (98). – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI