fbpx

Rugi RM34,500 ditipu lelaki Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Seorang penjawat awam mengalami kerugian sebanyak RM34,500 apabila menjadi mangsa penipuan kiriman hadiah atau parcel scam selepas berkenalan dengan seorang lelaki Vietnam melalui laman sosial, Tagged baru-baru ini.

Lelaki warga asing itu memperkenalkan dirinya dengan nama Tony Nguyen semasa mereka mula berkenalan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, mangsa berusia 34 tahun yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak itu mula berkenalan dengan lelaki terbabit pada 9 Januari lepas.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan dan lelaki warga asing itu kemudian saling berhubung melalui aplikasi sembang, Line.

“Pada 15 Januari lalu, suspek memberitahu mangsa bahawa dia ingin mengirimkan barang seperti wang, kasut, pakaian, beg, minyak wangi, bunga dan pencuci muka sebagai tanda salam perkenalan mereka.

“Pada 18 Januari, mangsa menerima emel daripada Excel Courier Delivery menyatakan barang tersebut telah sampai di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini dan perlu membuat caj cukai serta kastam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata Elias, mangsa membuat transaksi ke dalam tiga akaun secara berperingkat pada 18 dan 19 Januari lalu dengan nilai keseluruhan sebanyak RM34,500. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI