fbpx

Musang pandan dalam bilik mesyuarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba berjaya menangkap seekor musang pandan jantan di dalam bilik mesyuarat JKKN Negeri Sembilan di Seremban hari ini.- Foto IHSAN JBPM

SEREMBAN: Seekor musang pandan jantan ditemukan di dalam sebuah bilik mesyuarat di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) Negeri Sembilan dekat sini hari ini.

Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Pegawai Bomba Kanan, Mohd. Syazwan Saidy berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.08 minit pagi tadi dan tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

“Pihak bomba tiba di lokasi kejadian dan mendapati seekor musang berada dalam bilik mesyuarat dan ditemui oleh seorang pekerja pembersih bangunan di jabatan berkenaan.

“Kami mengambil masa 15 minit untuk menangkap musang tersebut dengan menggunakan peralatan khas penyelamatan.

“Haiwan itu seterusnya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan susulan,” katanya.

Menurutnya, musang pandan itu ditemukan ketika pekerja pembersihan tersebut yang merupakan seorang wanita mahu membersihkan bilik mesyuarat berkenaan.

“Haiwan itu dikatakan sedang mencari jalan keluar saksi tersebut terus menutup pintu dan menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI