fbpx

3,170 kes baharu, 12 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,170 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 172,549 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, lapan kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 3,162 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 41,755 kes.

“Sebanyak 12 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 642 kes.

“Selain itu, sebanyak 2,490 kes sembuh turut dicatatkan dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 130,152 kes,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 260 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 103 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI