fbpx

Tempoh penangguhan bayaran balik PTPK dilanjutkan sehingga 31 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan

PUTRAJAYA – Tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman latihan kemahiran Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) kepada peminjam yang layak dilanjutkan tiga bulan lagi sehingga 31 Mac depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, keputusan itu dibuat berikutan terdapat peminjam PTPK yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan masih belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman.

Beliau berkata, pelanjutan tempoh penangguhan itu akan melibatkan bayaran balik pinjaman berjumlah RM9,516,798.90 dan akan memberi manfaat kepada 72,747 bilangan akaun.

“Kementerian Sumber Manusia (KSM) bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman latihan kemahiran PTPK selama tiga bulan lagi, sehingga 31 Mac depan kepada peminjam yang layak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Saravanan berkata, KSM amat prihatin dan peka terhadap kekangan kewangan serta kesukaran hidup yang dihadapi oleh sebilangan peminjam PTPK yang kehilangan pekerjaan susulan
pandemik Covid-19 selain bencana banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.

“KSM berharap penangguhan bayaran ini yang juga sebahagian daripada tanggungjawab sosial dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh peminjam PTPK,” katanya.

Beliau berkata, peminjam PTPK yang terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui borang penangguhan yang boleh diisi di laman sesawang PTPK mulai 15 Januari hingga 31 Mac depan.

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, peminjam boleh mengemukakan email kepada [email protected] atau [email protected].

Maklumat lanjut juga boleh diperoleh melalui laman web rasmi PTPK www.ptpk.gov.my. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI