fbpx

Pemandu treler tiada lesen langgar khemah SJR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah treler melanggar sebahagian struktur khemah SJR di Jalan Chain Ferry, Butterworth hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang pamandu treler ditahan polis selepas melanggar sebahagian struktru khemah sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Chain Ferry, Butterworth di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu bagaimanapun tidak mengakibat sebarang kecederaan kepada pegawai dan anggota yang bertugas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian berlaku selepas treler 26 tayar dipandu lelaki berusia 28 tahun itu dalam perjalanan dari sebuah kilang besi di Perai di sini menuju ke sebuah bengkel tayar.

“Siasatan awal mendapati, pemandu yang bekerja dengan sebuah syarikat itu telah selesai menghantar muatan dari Johor Baharu, Johor sebelum menuju ke bengkel.

“Dia yang melaui SJR berkenaan tidak mengikut laluan khas, sebaliknya melalui lorong kenderaam awam di sebelah kiri sebelum sebahagin badan treler sebelah kiri berlanggar dan bergesel dengan khemah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Noorzainy, polis telah menahan pemandu berkenaan yang mempunyai lapan rekod lampau termasuk empat berkaitan dadah bagi siasatan lanjut.

“Ujian urin mendapati pemandu itu negatif, manakala dia juga didapati tiada lesen memandu kelas E yang sah,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI