fbpx

Pejabat daerah dijadikan PKOB sepanjang PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman hari ini.

ALOR SETAR – Kesemua pejabat daerah di negeri ini akan dijadikan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) bagi menyelaras sebarang keperluan dan bantuan kepada penduduk memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Jumaat ini.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, kerajaan negeri juga sedang mempertimbangkan bantuan bergantung kepada keperluan penduduk.

Katanya, beberapa perkara lain akan diteliti dan dibincangkan bersama semua pihak yang terlibat dalam Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN).

“Saya fikir ada beberapa perubahan prosedur operasi standard (SOP) dalam pelaksanaan PKP kali ini berbanding PKP yang lalu termasuk kelonggaran diberikan dalam beberapa sektor terutama berkaitan ekonomi.

“Semua itu akan diteliti dalam mesyuarat bersama JKKN. Pelaksanaan PKP ini perlu dihadapi kerana kes Covid-19 kian meningkat dan jika tidak diambil langkah-langkah drastik termasuk pelaksanaan darurat, mungkin penularan pandemik ini menjadi lebih parah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI