fbpx

32,386 pelajar di Kedah terlibat sesi persekolahan bersemuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar hadir ke SMK Dato' Syed Omar di Alor Setar bagi memulakan sesi persekolahan secara bersemuka hari ini. Foto: Shahir Noordin

ALOR SETAR – Seramai 32,386 pelajar memulakan sesi persekolahan secara bersemuka di seluruh negeri ini hari ini.

Pelajar tersebut melibatkan calon peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Negeri Kedah, Datuk Najmi Ahmad berkata, sesi persekolahan secara bersemuka kali ini hanya dihadiri calon peperiksaan awam sahaja.

“Sesi persekolahan secara bersemuka ini pastinya lebih membantu dan memudahkan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam.

“Ini kerana ada sebilangan pelajar yang mengalami kesukaran belajar secara dalam talian,” katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Omar di sini hari ini.

Menurut Najmi, pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pelajar baharu dan lama juga dimulakan hari ini.

“Bagi pelajar yang mengalami kesukaran mendapatkan capaian internet, modul manual yang pernah digunakan sebelum ini iaitu guru menghantar bahan pembelajaran ke rumah pelajar kini ditukar dengan ibu bapa akan ke sekolah untuk mendapatkan bahan pembelajaran,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI