fbpx

Pemborong sorok 5 tan tepung gandum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KPDNHEP cawangan Timur Laut menyita kira-kira lima tan tepung gandum dari sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Bayan Lepas dekat George Town semalam.

GEORGE TOWN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri menyita kira-kira lima tan tepung gandum yang disorok dalam sebuah gudang pemborong semasa serbuan di Kawasan Perindustrian Bayan Lepas di sini semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Cawangan Timur Laut, Ahmad Ahrazzudin Ahmad Hamdan berkata, operasi disertai empat anggota kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu mendapati pemborong berkenaan memiliki tepung gandum iaitu barang kawalan berjadual melebihi kuantiti had dibenarkan dalam lesen.

“Jumlah keseluruhan tepung gandum yang didapati semasa pemeriksaan adalah 12 tan iaitu melebihi jumlah 7 tan yang boleh disimpan dalam satu-satu masa seperti yang dinyatakan dalam lesen.

“Sehubungan itu, kita menyita 5,180 kilogram (kg) tepung gandum pek 1 kg daripada dua jenama bernilai RM9,339,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Ahrazzudin berkata, siasatan pihaknya mendapati, pemilik premis terbabit menyatakan bahawa tepung-tepung gandum yang lebih itu adalah untuk persediaan menyambut Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

“Menurut pemilik, biasanya permintaan tinggi akan berlaku terhadap tepung gandum setiap kali musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, Akta Kawalan Bekalan 1961. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI