fbpx

Guru dikehendaki maklumkan jika sukar kembali ke stesen bertugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi

PUTRAJAYA – Sila maklum kepada ketua jabatan masing-masing jika terkandas dan berdepan kesukaran untuk kembali ke stesen tempat bertugas.

Itu arahan dikeluarkan Menteri Pendidikan, Dr. Radzi Jidin kepada mana-mana guru dan pensyarah yang berdepan kesulitan untuk kembali bertugas khususnya di Sabah dan Sarawak.

Radzi berkata, guru dan pensyarah berkenaan diminta menghubungi ketua jabatan masing-masing bagi memudahkan urusan pentadbiran di sekolah dan institusi pendidikan.

Menurutnya, beliau sedar ada dalam kalangan guru dan pensyarah di institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) berdepan dengan kesulitan untuk kembali ke stesen masing-masing kerana perubahan jadual penerbangan.

“Saya dimaklumkan KPM telah mengeluarkan surat pemakluman berhubung pergerakan guru dan pensyarah untuk kembali ke stesen tempat bertugas.

“Surat tersebut menyatakan agar ketua jabatan memberikan pertimbangan sewajarnya kepada guru dan pensyarah yang terkandas atas faktor di luar kawalan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI