fbpx

Pemandu Myvi langgar papan tanda di SJR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAPAN tanda di SJR yang dilanggar oleh sebuah Perodua Myvi.

PETALING JAYA – Padah menggunakan telefon bimbit ketika memandu, seorang lelaki ditahan selepas melanggar papan tanda di sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Klang Lama di sini semalam.

Lelaki berusia 40 tahun memandu sebuah kereta jenis Perodua Myvi ditahan kira-kira pukul 5.50 petang oleh anggota bertugas di SJR berkenaan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, susulan kejadian itu, papan tanda ‘Awas Pemeriksaan Polis’ rosak teruk.

Katanya, siasat awal mendapati lelaki mengaku cuai sewaktu memandu kerana menggunakan telefon bimbit.

“Ketika disoal siasat, lelaki tersebut memberi alasan keluar rumah untuk membeli makanan di Taman Gembira di Jalan Klang Lama di sini.

“Siasatan lanjut mendapati, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan hasil ujian saringan air kencing adalah negatif,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Anuar, kes disiasat di bawah Seksyen 26 (2) Akta Polis 1967 kerana melanggar sekatan jalan raya.

Pada masa sama Anuar menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu kerana kecuaian akan membahayakan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

“Orang ramai juga diminta untuk mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI