fbpx

Belum kahwin dah main dukung-dukung – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Janna dan Dini

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara Janna Nick sekali lagi menjadi bualan netizen gara-gara sekeping foto menunjukkan dirinya didukung kekasih hati, Dini Azan Schatzmann tular dalam laman sosial.

Menerusi ruangan kapsyen video TikTok yang dimuat naik dalam Instagramnya, rata-ratabnetizen meluahkan rasa berang melihat aksi Janna yang dianggap keterlaluan dan kurang sopan sebagai wanita beragama Islam.

“Sila nikmati hidup ini sementara masih solo,” tulis Janna yang ditujukan kepada Dini dalam ruangan kapsyen.

Rata-rata pengikut turut bertindak menegur dan sempat menyekolahkan Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 26, yang popular menerusi drama Misteri Mona itu.

Pada hantaran sama, penerima trofi Artis Versatil Popular Anugerah Bintang Popular ke-32 itu turut memuat naik sekeping foto bersama teman lelakinya dengan menulis tarikh isitimewa, 2.2.2021 pada ruangan kapsyen.

Justeru pelbagai spekulasi dan tanda tanya dibuat netizen dengan mengandaikan adakah dia menamatkan zaman bujang dengan pemuda kacukan Melayu-Switzerland itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI