fbpx

AmBank tawar moratorium enam bulan kepada pelanggan terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Institusi kewangan di negara ini terus memainkan peranan dalam memberikan kelegaan kepada mangsa banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.

AmBank Group (AmBank) muncul sebagai bank terbaharu yang menyediakan moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggannya yang terjejas akibat banjir, melibatkan ansuran bulanan serta bayaran balik semua kemudahan pinjaman dan pembiayaan, termasuk kredit kad.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir  berkata, pihaknya bersedia membantu pelanggan sebaik mungkin bagi menghadapi saat-saat sukar sekarang.

“Kami percaya langkah pemberian moratorium ini akan membantu meringankan beban yang terpaksa ditanggung mangsa banjir.

“Pihak bank ingin meyakinkan pelanggan bahawa kami akan terus membantu dalam memenuhi tanggungjawab kewangan mereka selain meneruskan usaha menghubungi pelanggan bagi menawarkan bantuan yang disesuaikan mengikut keperluan mereka,” jelasnya.

Sehingga kini, AmBank telah mencapai lebih daripada 500,000 pelanggan untuk menawarkan bantuan pembayaran dan memproses lebih daripada 150,000 permohonan daripada individu dan perusahaan kecil dan sederhana melibatkan nilai RM13 bilion.

Permohonan yang diluluskan pula menghampiri paras 100 peratus.

aPelanggan AmBank yang berdepan masalah akibat banjir boleh menghubungi pusat panggilan di talian 03-2178 8888 atau menghantar e-mel kepada [email protected].

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI